I LOVE MY BLOG
ITS OWN TO ME!

About Me

My photo
Melaka, Batu berendam di sungai, Malaysia
Hai I am 20 years old now,and emm I am blog users since in age 18.So the page will look like verry childish.Well you know..

Followers

Wednesday, November 23, 2011

Doaku untuk semua

Malam ni sungguh sayu dalam kedaan angin yang sepoi-sepoi,selepas solat terus terbaring sekejap di katil sambil terfikir masalah yang bermain di minda.Nak diikutkan tak boleh dikira masalah dalam seharian mahupun masalah kecil dan besar.Tak semua masalah boleh diselesaikan dalam sekelip mata,mengambil masa yang agak lama untuk menuggu masalah itu selesai..Masalah tidak akan datang dengan sendiri kalau tidak ade puncanya,apa yang boleh dilakukan hanya berdoa,berdoa agar semua masalah dapat diselesai dengan mudah tanpa ade sebarang konflik.

Doaku untuk ibu dan bapaku:
Tempatkanlah mereka dengan orang yang beriman,tetapkanlah mereka di syurga.Ampunkanlah dosa besar dan kecil mereka  .Panjangkanlah umur mereka Ya Allah agar dapat aku membalas segala pengorbanan,dan izinkanlah aku melabuhkan segala kudratku untuk mereka merasa hasil usahaku sebelum mereka menyeru panggilan Mu.Terima kasih Ya Rahim kerana hariini aku masih dapat mencium kedua pipi ibubapaku,dan masih lagi berkesempatan melihat senyuman di wajah mereka :')

Doaku untuk adik-adik:
Sentiasa mendoakan agar hati adik2kku bersih dan dapat menjumpai jalan yang diredhai ,bimbing mereka ke jalan yang benar.Memohon agar ampunkan dosa-dosa mereka,dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat kelak.

Doaku untuk rakan:
Aku sentiasa doakan korang,diampunkan dosa ,semoga masing-masing dapat hidayah dari-Nya.Mengeratkan lagi silaturrahim agar jurang sengketa antara kita kerana aku sayangkan hubungan ini.Terima kasih walau banyak perasaan yang telah disakiti macam manapun,korang masih lagi di sisi :')

Sesungguhnya mereka lah,hamba mu yang sentiasa denganku di atas bumiMu.Merekalah melalui liku-liku hidupan denganku,ketika susah mahupun senang.Manusia yang mempunyai rasa dan perasaan yang sama,mengenal erti sedih,duka dan suka.Hanya manusia yang memahami segala masalah kita walaupun mereka tidak ketahui apa yang telah aku lalui.Seandainya illahi memanggilku lebih awal dari kalian,tidak banyak yang aku minta ,cuma memohon sedekahkanlah aku Al-fatihah.=')

P/S:bukan ingin memhon simpati cume ingin berkongsi bersama apa yang tersirat dan tersurat di hati.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment